Saturday, December 25, 2010

oH...bUNGA


Hasil tangan ibu Mia. :) I'm proud of her! 

Semalam Mia termenung memikirkan kata-kata Alin. Pening kepala dibuatnya. Diploma Intergrasi tidak lagi diteruskan, itu bermaksud Mia terpaksa apply untuk diploma selama 3 tahun! What a waste! Sepatutnya Mia layak untuk diploma intergrasi selama 1 tahun sahaja. 

Sijil telah dibubarkan. Ya, Mia terima itu. Tapi akal logik bagaikan tak dapat menerima intergrasi telah dibubarkan bersama. Kerajaan ada bijak pandai untuk berfikir tentang masalah pelajar seperti kami. Sijil kami bagaikan tak berharga! Sedih betul. Apa-apa pun, ini cuma khabar angin. Mia nak tunggu dipastikan bulan satu nanti. 

Bukan masalah apa, cuma kerugian masa dan wang ringgit. Masa, kalau Mia ambil 3 tahun pengajian, Mia akan grad pada umur 23/24 tahun. Kemudian Mia nak sambung lagi ke peringkat seterusnya. Wang pula menjadi masalah sebab masa sijil Mia buat pinjaman KPTM, nanti diploma mesti pinjaman PTPTN pula. 

Bab kehidupan berikutnya juga dititikberatkan, tentang alam perkahwinan. Hehehhe... Gatai ke Mia? Ish... Sunnah Nabi :) Lagipun kan dah fitrah manusia.

Sekarang Mia tersangat confuse dengan perjalanan hidup Mia. Doakan yang terbaik k. :)

No comments:

Post a Comment