Sunday, December 12, 2010

Kaka, The Striker.


Comment on this photo:
- Shaking! That's for real. Mia's hand still shaking, well newbie. :P
-Sharpness tak cantik.
-Focus ok, cuma tak zoom tak betul-betul ada terletak elok.
-Colour, if possible , kurangkan sedikit cahaya.

**

Mia duduk tepi kolam semalam, termenung munkin. Mungkin juga otak sedang sarat memikirkan hal kerajaan hati yang bakal mencetuskan perang dunia ketiga. Oh..Itu mungkin. Beetle of the heart beat. Tapi sedikitpon akal tak mengambil kisah hal otak bersama sarafnya. Jari jemari Mia menggenggam batu-batu kecil yang ada disekitar kolam.
Sendi-sendi tangan melontar satu per satu batu ke dalam kolam, melihat kocakkan air yang menghasilkan gelombang.

"Wei...Termenung pa?" Suara sumbang Ima mengganggu gendang telinga Mia. Ya, sangat annoying. 

"Takdak apa la. Saja buat experiment sains petang-petang ni" Mia memulakan striker yang pertama untuk mengalih fakta!

"Cuih...Ka dok ingat kat marka." Sekali lagi Ima menyuarakan suara sumbang tanpa di pinta.

"Marka ja kerja hang. Mai sini dengar." Kini bermula fasa kedua meng'strike' Ima kelembah peralihan fakta.

"Cuba tengok air kolam ni, tenang bersahaja. Dan tengok batu kecil ini" Mia memperagakan jari jemari yang menggerak-gerakkan batu kecil tu.

"Ahh..Dia mula dah syarahan dia" Mia dapat mengagak! Tapi memang jenis Mia, memulakan sesuatu bermaksud perlu mengakhiri sesuatu yang telah dimulakan!

"Padan muka hang. Bila aku melemparkan batu-batu ni dalam kolam, ada gelora hasil dari impak terjunan batu-batu tadi. Aku teringat kebarangkalian, otak kita juga macam tu. Deria kita seperti deria rasa, deria melihat, deria pendengaran dan sebagainya merupakan simbolik kepada batu batu tadi. Bila deria ni menghantar tenaga kinetik kepada otak, terjadi la gelombang seakan-akan gelora dalam air kolam tadi."

Mia cakap awal, I'm speakable, talkative and what so ever. So, ayat-ayat pasrah plus ayat-ayat sastera macam ni akan sentiasa dipinggir bibir. Yeap, I'm the pemutar fakta. Well, tak semua kisah Mia boleh terjemahkan dalam bahasa tubuh mahupon bahasa Melayu tulin! Cuma kiasan cuma.

"Gelora tersebutlah penghantar maklumat kepada sistem pemikiran kita!"

Huh..Sempat Mia ambil nafas.

"Bila dia start, takleh kata apa dah laaaaa" Ima menrenggus berpaling muka.

Mia senyum masa tu, terasa puas. Rasa ingin tertawa juga ada. Ima, banyak sungguh songeh dia. Itulah penyeri senyuman, yakni keikhlasan. :)

No comments:

Post a Comment