Sunday, January 16, 2011

Gunung Baling

Baling, ramai memperkotak katikkan sebuah daerah jauh dari pemandangan manusia. Kata mereka hulu, pendalaman dan cetek pemikiran. Ya , itu diakui bagi sesetengah kes dan manusia. Tapi apabila melihatkan kejayaan anak Baling mendukung nama Malaysia seantero dunia, lihatlah semula dari mana sejarah bermula.Daerah Baling mempertemukan Rundingan Damai antara Komunis, Chin Peng dan Tunku Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan Tunku Putra. Yang membawa kepada satu langkah menuju kemerdekaan Tanah Melayu. 

Selain dari itu, kita perlihatkan kejayaan anak Baling dari segi akademi. Jika diperhati sekeliling Mia sekalipun, ramai yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, tidak kurang yang melanjutkan dalam Universiti terkemuka negara. Syukur kehadrat Illahi atas kurniaNya. 

Menyinkap kembali sejarah nama Baling, terlalu banyak yang diterap dalam telinga. Mengikut halwa telinga yang mana sedap didengar, itu yang dikongsi bersama. Antara Mitos atau tidak, Baling tetap sebuah daerah dimana Mia dibesarkan penuh kasih sayang oleh bonda dan ayahanda. Disini juga pusara ayahanda, disini jualah tanah baktinya.

# Ban Ling #

Mia : Tok, awat kampung kita nama Baling ? Kita ni macam orang baling ja! (Merujuk kepada orang yang dibaling oleh masyarakat)

Tok : Biaq la kita dibaling sekalipun, jangan pernah lupa asal kita. Dulu sini orang panggil Kampung Kera. 

Mia : (Ketawa dengan penuh perasaan) Kampung Kera? Banyak ka kera tok ?

Tok : Sini banyak kera zaman tok dulu nu. Zaman Siam dok sini dulu, depa dok menetap sini. 

Mia : Ooooo... Siam bawa kera mai sini ka tok?

Tok : Ish.. Dak aih, kera tu mai dari Gunung Baling, memang Kera warganegara sini.

Mia : Hehehe (sinis tawa kecik) Apa kena mengena dengan nama BALING plak tok ?

Tok : Dulu sini nama Ban-Ling, yang bermaksud Kampung Kera. Orang siam la boh, sebab tanaman depa kena serang dengan dengan Kera. Lama-lama dok sebut BanLing 3x... Jadi la Baling. Kalau nama Baling dalam bahasa Malaysia maksud macam lain pulak. 

Mia : Oooo... gitu rupanya. BanLing, Kampung Kera. Hehehe... 

# Raja Bersiong #

Mia : Sawadikap....Tuanku, mana siung tuanku ? Patik sangat terperanjat melihat Raja Bersiong tanpa siongnya.

R.B : Kangkung kap, masuk kot pintu keluar kot tingkap... erk...ehem..ehem.. Beta telah memulasnya hingga tercabut keluar dari mulut beta.

Mia : Owh..Begitu. Tuanku, ceitakan dengan lebih lanjut asal usul nama di daerah ini.

R.B : Dahulu, beta menetap di Merbau. Bersama rakyat dan menteri beta.

Mia : La...Merbau dekat ni ja ka. Kat Sungai Petani kan?

R.B : Ya, Merbau. Beta menyesal ketika dahulu, menzalimi rakyat Kedah.

Mia : Sesal Dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

R.B : Beta lari dari Merbau, dikejar oleh rakyat dan askar malah menteri beta sendiri. 

Mia : Setelah Tuanku mengkhianati kepercayaan rakyat jelata!

R.B : Beta menyesal.. 

Mia : Teruskan tuanku, ceritakan perjalanan sejarah tuanku.

R.B : Di satu tempat, beta memulas siong beta. Dimana mereka menamakan tempat itu Merbau Pulas. Berdarah gusi beta. Sakitnya tak tertahan..

Mia : Tercabut sudah siong tuanku?

R.B : Kesakitan itu menghentikan niat beta. Beta meneruskan lagi perjalanan penuh darah. Menitis darah beta disepanjang jalan. 

Mia : Tuanku dijejak melalui darah itu!

R.B : Ya, disuatu kuala, beta mengutil siong beta. Disitulah mereka menamakan daerah itu Kuala Ketil. Beta meneruskan larian beta, disebuah lagi kuala, beta memegang siong beta sekuat yang mungkin. Disitu pula mereka menamakan Kuala Pegang. 

Mia : Kuala Pegang, Sekarang sekolah kebangsaan Kuala Pegang ada replika teko besar. Adakah negeri Jajahan Ayah Pin? 

R.B : Siapa ayah pin? Hebatkah dia dari beta?

Mia : Zaman tuanku belum ada ayah pin, pembawa ajaran sesat disini. Hebat oo tuanku. Ada negeri di atas langit. Ah...Teruskan perjalanan sejarah tuanku. (grrrrrr)

R.B : Baik. Disatu kawasan , beta mencabut keluar gigi bersiong beta. Beta percaya, jika beta membuang siong itu sudah pasti beta tidak lagi menginginkan darah manusia sebagai santapan beta. Beta membaling sejauh mungkin siong beta, bunyi yang terhasil bergema 'weng weng weng' sehingga terjatuh disatu kawasan.

Mia : Patutlah ada Kampung Weng kat sini, pasti disebabkan bunyi gema dari siong tuanku.

R.B : Dipengatahuan beta, ditempat beta berdiri untuk membaling siong itulah dinamakan Baling.

Mia : Dan tempat penemuan siong itu dinamakan Mukim Siong! Betoi tak ?

R.B : Benar wahai puteri jelita. Dengan itu, berikan darah manismu kepada beta! 

Mia : Cis.. Bedebah kau Raja Bersiong. Nyah kau dari sini... Fire (Terus bagi aboooogen kat dia dan hancur mati.)

#REKAAN SEMATA-MATA. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati,

Bukanlah cerita yang menjadi bahan bacaan, tapi wacana kehidupan seorang pemimpin. Kekejaman dan kezaliman yang terjadi menghancurkan pemerintahan. Perhatikan watak antagonis dan protagonis, perilaku dan kelakuan. Jadikan iktibar dan pengajaran.

Ambil yang jernih, buang yang keruh.

Dalam kehidupan, pandangan kehadapan menuju masa depan yang terjamin. Sesekali jangan lupa memandang kebelakang menghayati sejarah. Kerana tanpa masa lalu, tidak mungkin ada peradaban dimasa kini.


4 comments:

  1. wahahaha...
    asal xde kampung langgar...hehe...
    bkn raja bersiung die sit(duduk) kew..???
    lg 1..bkn mse R.B 2 lari bukan trsandung Kayu Hitam ke...???hehehe

    BTW...best r cite ang..^_^
    pndai ang gubal cite dgn name daerah sje..

    ReplyDelete
  2. kayu hitam dah jauh sgt ke jitra tu...kang x logik... sik ada je kat sini.. tapi x letak... kampung langgar kat jitra..lagi x logik...jauh sgt...haha..smpai 3/4 jam kalo nk p sna...

    ReplyDelete
  3. Salam Mia lama x lawat blog Mia ni..apapun entry kali ni bagus berunsurkan sejarah kemudian diselitkan dengan foto yg cantik..nice job

    ReplyDelete
  4. W'Salam . :) Terima kasih. Cuma luahan hati , diselitkan bukti Gunung Baling yang gah berdiri.

    ReplyDelete