Captured by My Nokia |
Gambar ni diambil semasa berada di dalam Perjalanan ke Kota Mekkah. Matahari sedang bangkit menyinari penduduk bumi.
Sepanjang pejalanan ,
Tanah Tandus itu ,
Membawa kepada serata pelusuk jiwa ,
Yang belum pernah diselami.
Tanah yang tandus itu, menyedarkan diri tentang Padang Mahsyar.
Dimana kebangkitan semula menyelusuri jalan penuh pembalasan.
Disitu juga pasti bangkit satu penyesalan.
Disepanjang perjalanan , terdetik dijiwa. Sepanas mana matahari berada diatas kepala, sejenggkal cuma?
Tuhan , Nikmat apakah yang Kau berikan, sehingga membawa kepada peringatan sebegini.
Disepanjang perjalanan , terlihat dek mata.
Gunung ganang tanpa tumbuhan ,
Tanah gersang tanpa punca air ,
Bergelimpangan pepasir kering merentasi lautan debu.
Disepanjang perjalanan , bermain di minda ,
Bagaimana mereka disini meneruskan kehidupan,
Bersama kegersangan tanah ,
Kesunyian hamparan bumi.
Tuhan , syukur atas nikmat akal yang bisa berfungsi .
wah kamu memang pengkarya seni. pandai betul menyusun kata :)
ReplyDeletemana ada , susunan kata tidak bersastera langsung ! jumpa dek A.Samad Said , sure di sekeh beliau :P
ReplyDelete